suria

Suka tengok video Aiman Tino dengan isteri, perangai pun sama ‘masuk air’… Nasihat peminat ugut bunuh diri terima hakikat

BARU sahaja mendirikan rumah tangga, penyanyi Aiman Tino menerima gangguan daripada seorang peminat wanita yang menyatakan hasrat mahu bergelar isteri kedua.

Difahamkan, individu berkenaan bertindak berani menghubungi ibu Aiman bagi mendapatkan restu untuk menjadi isteri kedua.

Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Aiman atau nama sebenarnya Muhammad Aiman Yusri, 25, meminta individu berkenaan menerima hakikat dirinya kini sudah bergelar suami orang.

“Sebenarnya sudah lama juga wanita itu hubungi saya, dia pun ada nombor saya, emak, kakak dan sekarang ini isteri saya pun kena ganggu juga... mungkin dia terlalu obses dengan nama Aiman Tino.

“Saya pernah berjumpa dengan dia sebelum ini, dia okay je sebenarnya dan normal tapi mungkin dia terlalu obses dengan saya.

“Setakat mana yang mampu layan saya akan lakukan... cuma apabila dia cakap dekat mak, nak jadi isteri kedua la, nak bunuh diri la, itu tak sepatutnya.

“Saya tak marah dia tapi sebaliknya dia pula yang fikir saya memarahi dia... kepada awak yang hantar mesej kepada emak saya tu baik hentikan sebelum perkara ini jadi lebih parah dan tidak boleh dikawal,” kata Aiman kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi