suria

Harith Iskander pernah kering idea, bukan senang buat orang ketawa… “Godfather stand-up comedy itu tanda saya dah tua”

MEMEGANG status ‘Malaysia God Father of Stand Up Comedy’ dalam dunia komedi bukanlah bererti persembahannya sentiasa berada di tahap tertinggi.

Kata pelawak Harith Iskander, dia juga pernah ketandusan idea ketika membuat persembahan di hadapan penonton.

Harith, 57, bagaimanapun berkata ia tidak pernah putus asa untuk mencari idea baharu bagi menghiburkan peminatnya.

“Gelaran God Father tu diberikan kepada saya daripada kalangan pelawak muda yang bermula 20 tahun lepas dan mereka nampak saya berkecimpung selama 33 tahun, tapi bagi saya ia bukan gelaran yang mengatakan saya ni terbaik atau nombor satu.

“Dalam lawak ni kita tidak boleh katakan siapa yang terbaik, lawak ni macam makanan, lain orang lain cita rasanya dan lawak ni ada pelbagai begitu juga pelawak di Malaysia... gelaran tersebut sebenarnya mengatakan yang saya ni paling tua.

“Sebagai pelawak stand up bukan saja sekali malah ada juga banyak kali saya tiada idea untuk membuat jenaka, tapi bagi saya kegagalan itu bukanlah saya akan berhenti tapi memberi peluang untuk belajar kembali bagi mencari idea serta niat baharu untuk hiburkan peminat,” kata Harith kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi