suria

Aksi wanita cantik tumbuk, tendang tong gas buat ramai terpegun… Chintya Candranaya belajar ilmu silat sejak usia 7 tahun

PELAKON dari Indonesia iaitu Chintya Candranaya memberitahu dia mula mempelajari ilmu seni bela diri sejak usianya tujuh tahun.

Kata Chintya, 26, arwah datuknya merupakan guru pencak silat dan menjadi individu penting yang mendorongnya untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri itu.

“Saya kenal silat sejak tujuh tahun sebab datuk saya seorang guru besar pencak silat di Indonesia.

“Tapi sejak datuk saya meninggal dunia, saya pula sibuk dengan sekolah dan mula mendalami seni bela diri itu ketika di sekolah menengah selepas bertemu guru silat saya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Chintya turut berkongsi keinginan dirinya untuk berlakon aksi dengan pelakon Hairul Azreen suatu hari nanti.

“Saya mahu berlakon dengan Hairul Azreen sebab dia pelakon aksi dan pernah berlakon dengan Yayan Ruhian.

“Dan mungkin kerana itu saya mahu cuba berlakon dengan Hairul,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi