suria

Risau perut makin buncit, Ameng luang masa 2 jam di gim setiap hari… Seronok tengok badan dah sasa

PENAMPILAN penyanyi Ameng Spring dilihat berbeza berbanding dahulu kerana dia kini memiliki tubuh badan yang ideal serta kelihatan lebih sasa.

Berkongsi mengenai perkara itu, Ameng, 54, berkata, dia kini mula menjalani kehidupan sihat dengan melakukan senaman di gimnasium sejak tahun 2016.

“Sebenarnya sebelum ini saya mengalami masalah berat badan jadi sebagai seorang selebriti, kalau boleh tak mahu perkara ini berlaku, mulanya untuk kempiskan perut saja tapi lama-kelamaan rasa seronok pula untuk bina badan.

“Sekarang ini boleh dikatakan hari-hari saya akan habiskan waktu di gim dan menjadi rutin harian sejak daripada 2016 sekiranya saya kerja di luar pun saya akan hotel yang ada gim,” kata Ameng pada mStar.

Dalam pada itu, Ameng berkata, keyakinan serta staminanya untuk menyanyi juga bertambah baik sejak dia memiliki bentuk tubuh ideal ini.

“Alhamdulilah sejak berbadan sasa ni keyakinan saya pun bertambah bila berjumpa dengan orang ramai malah suara saya pun makin mantap dan boleh menyanyi empat hari berturut-turut,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi