suria

Ramai meminjam tapi tak reti pulang, suami Shima Anuar serik bagi kawan berhutang… “Wife marah terlalu baik sangat”

MUDAH simpati apabila rakan dalam kesusahan menjadi faktor utama suami kepada pelakon Shima Anuar iaitu Mohd Solih Toha terpedaya memberikan pinjaman wang.

Kata Solih, 47, jumlah terkumpul kini sudah mencecah jumlah sebanyak RM500,000 yang masih belum dipulangkan oleh peminjam.

Justeru itu, dia bersuara di Instagram Story miliknya supaya menjadi pengajaran dan iktibar buat masyarakat yang suka meminjam.

“Saya nak beri pengajaran kepada kawan-kawan dan masyarakat di luar sana.

“Kelemahan saya adalah cepat kasihan dengan orang sebab dulu saya orang susah dan saya tahu betapa susahnya bila tiada duit.

“Jadi disebabkan dengar cerita sedih rakan buatkan saya terus beri pinjam,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Solih sempat memberitahu bahawa isterinya ada menitipkan pesanan supaya tidak mudah memberi rakan-rakan meminjam duit selepas ini.

“Dia punya ayat satu sahaja, dia kata saya ni baik sangat.

“Shima juga ada cakap lepas ni jangan bagi pinjam duit dengan senang,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi