suria

Shaheizy Sam belanja ‘six pack’ dalam Polis Evo 3, Syatilla pun suka sebab jarang tengok

JIKA bukan kerana tuntutan kerja, pelakon Shaheizy Sam berkata dia tidak mungkin dapat mendisiplinkan diri memiliki tubuh badan sasa seperti dalam filem Polis Evo 3.

Sam, 41, berkata sebagai seorang pencinta makanan, berat badannya mudah naik jika dia tidak mengawal pengambilan kalori harian..

“Secara jujurnya saya susah nak dapat six pack, sebab saya sangat menikmati makanan dan kalau tiada kerja memang saya gemuklah.

“PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) masa bulan Februari dulu saya okay lagi sebab baru lepas habis penggambaran, tetapi bulan September saya dah berisi sangat.

“Tapi fasal kerjalah saya boleh turunkan berat badan kalau bukan sebab kerja rasanya tidak,” katanya kepada pemberita.

Ditanya mengenai penerimaan isteri iaitu Syatilla Melvin mengenai babak tayang badan, Sam berkata isterinya menyukai perubahan itu dan sentiasa memberikan sokongan.

“Syatilla okay sahaja, mungkin sebab dia pun jarang dapat lihat saya seperti itu.

“Jadi dia beri sokongan dan nampaklah dia suka usaha saya nak capai sesuatu perkara,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi