suria

Minat dunia permotoran, Achey buka bengkel sebagai persediaan masa depan… Ini pesanan untuk netizen pertikai sumber duit

GARA-GARA berkongsi kemewahan atau perniagaan di media sosial, golongan selebriti sering menjadi mangsa buli siber.

Ini termasuklah pelawak Achey Bocey yang turut menerima kecaman dan tuduhan tidak berasas daripada netizen kononnya perniagaan dijalankan menggunakan sumber wang diragui.

Menjawab tuduhan berkenaan, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, bagaimanapun berkata fitnah itu sama sekali tidak menjejaskan perniagaan diusahakannya.

“Jangan nampak hanya kesenangan orang tapi nampak dulu kesusahannya, saya tak cerita yang pernah jual kereta dan motosikal untuk memulakan perniagaan dulu.

“Kawan saya Black teruk sampai kena serangan anxiety bila kena kecam dengan netizen, saya tahu dia bukan begitu dan tak buat, bila saya hubungi dia sampai mengigil suaranya, sepatutnya kena sokong bangsa sendiri bukannya menjatuhkan lagi.

“Kami sudah sedia dengan segala kecaman dan fitnah orang ni, mulut orang tak boleh tutup, apa yang anda cakap dan tulis di media sosial semua itu akan dibawa ke akhirat nanti, walaupun anda kecam tapi kami tetap jalankan perniagaan seperti biasa, kalau tak puas hati jumpa saya jangan bercakap atau tulis di media sosial saja,” kata Achey kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Achey kini sedang giat mempromosikan perniagaan bengkel motorsikal iaitu Botol Garage yang sudah memiliki empat cawangan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi