suria

Baru tahu Sharnaaz ada kekasih, Azira Shafinaz doakan terbaik… “Saya bukan jenis sibuk hal orang”

PERNAH digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, aktres Azira Shafinaz mendoakan rakannya itu mendapat jodoh yang terbaik.

Bercerita mengenai perkara tersebut, Azira atau Azira Shafinaz Ramlan, 32, berkata Sharnaaz yang juga merupakan seorang bapa layak untuk mencari kebahagiaan untuk dirinya dan keluarga.

“Secara jujurnya macam saya cakap sebelum ini saya memang doakan yang terbaik untuk dia.

“Dengan siapa pun dia keluar ataupun dengan siapa pun dia berkawan saya rasa dia layak untuk rasa gembira.

“Dia pun seorang ayah, saya pasti dia pun ada impian untuk mempunyai keluarga baharu.

“Jadi saya cuma doakan dia sihat dan semoga dapat jodoh yang baik-baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azira sedang menjalani penggambaran filem Syerif bersama pelakon seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz dan Elizabeth Tan yang bakal menemui penonton pada tahun 2024 nanti.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi