suria

Sibuk berebut mikrofon, Iqbal Zulkefli dah nampak anak angkat pun suka glamor… Ramai kata muka seiras

PERNAH dikecam gara-gara mengambil anak angkat lalu lalu, usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli akui pernah rasa terkilan apabila netizen memanggil Ahmad Ziyad sebagai anak warga asing.

Namun selepas berlalunya perkara tersebut kini kata Iqbal, 29, ramai yang merasakan Ziyad seperti anak kandung dan itu membuatkan dia bahagia mendengarnya

“Dulu orang kata Ziyad tu anak warga asing, saya rasa agak terkilan juga ketika itu.

“Sekarang orang kata Ziyad macam anak kandung saya sendiri, tapi saya okay bila orang cakap anak kandung sebab ia buatkan saya lebih gembira.

“Orang banyak kecam saya sebab ada anak angkat tapi tak kahwin lagi.

“Tentang kahwin tak boleh nak cepat-cepat macam beli kereta ke rumah, perkara tu kena fikir betul-betul sebelum kahwin,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi