suria

Aliff Syukri manja, suka dibelai tapi isteri tak faham… “Dua tiga tahun ini baru dia berlembut”

PERNAH berdepan pergolakan rumah tangga, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia pernah terfikir untuk berpisah dengan isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida sebelum ini.

Bersyukur hubungan itu masih dapat diselamatkan, Aliff atau nama sebenarnya Alif Syukri Kamarzaman, 36, banyak faktor yang mendorong hubungan mereka menjadi dingin.

“Dalam melayari perkahwinan sepanjang 16 tahun ni, mungkin 10 tahun itu bergaduh dan enam tahun tu berbaik jadi waktu tu baru dapat rasai nikmat berkahwin... sebab isteri saya ni kurang faham saya, sebab itulah terhasilnya lagu cuba mengerti perasaan ku.

“Isteri tak faham saya sebab karakter dia lebih kepada lelaki, saya pula kepada wanita yang suka dibelai, dipuji dan manja, dalam masa 16 tahun tempoh perkahwinan ni mungkin beberapa tahun kebelakangan ini baru isteri layan saya dengan lembut.

“Waktu bergaduh tu secara jujurnya saya pernah nak ambil keputusan untuk bercerai dan isteri pun rasa perkara yang sama sebab waktu tu juga saya lebih fokus kepada kehidupan sendiri, perniagaan malah kurang berkawan dengan orang,” kata Aliff kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi