suria

Balik Kelantan pakai baju sopan, Sabronzo (Dolla) tak kecil hati dituduh ‘fake’ ketika berada di kampung

PENYANYI Sabronzo tidak berkecil hati meskipun ada netizen menggelarkan dirinya fake kerana berpakaian sopan sewaktu menyambut hari raya di kampung halamannya di Kelantan, baru-baru ini.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 28, berkata dia tidak ambil peduli kecaman itu sebaliknya tetap melayan peminat dengan baik

“Yang kata saya fake tu... sebenarnya apabila ada di bandar pun saya tetap pakai baju kurung juga, saya tak kisah pun orang nak cakap apa atau beri pandangan begitu terhadap saya.

“Kami pun ada peminat baharu, jadi mereka yang belum kenal pasti akan bertanyakan soalan yang sama mengenai pemakaian, kontroversi seksi mahupun apa saja.

“Tak apa, kami okay untuk jelaskan kepada mereka terutamanya persoalan mengenai Dolla,” kata Sabronzo kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi