suria

“Takkan nak pukul, itu dayus!”… Haqiem Rusli sedang pujuk isteri untuk kembali bertudung

GARA-GARA tidak lagi bertudung, isteri penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menerima kecaman hebat netizen yang kurang senang dengan tindakannya itu.

Menjawab mengenai perkara itu, Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 25, menyedari kesilapan dilakukan oleh isterinya itu dan berkata dia kini sedang memujuk isterinya untuk kembali berhijab.

“Saya akui perkara itu adalah salah dan kelemahan saya sebagai suami, lagipun sudah menegur Sofea (isteri) mungkin cara saya agak lembut.

“Saya tak boleh nak paksa dan marah pula nanti jadi suami dayus, saya terima segala teguran dan komen netizen, netizen boleh saja nak DM kami beri nasihat... yang kenalan rapat tu jangan cakap belakang, tak puas hati cakap depan saja.

“Tak semua perkara saya nak kongsi di media sosial, macam sekarang ini saya dalam proses untuk memujuk isteri saya dan membaik pulih keadaan ini, doakan baik-baik saja untuk kami,” kata Haqiem kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Haqiem kini sedang mempromosikan single terbaharunya berjudul Disebalik Rahsia dan bakal muncul dalam telefilem terbaharu bertajuk Gitu menampilkan barisan pelakon seperti Tajul, Afieq Shazwan, Zak Zakwan yang ditayangkan menerusi platform Youtube FMC Music.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi