suria

“Harga artis veteran mahal!” - Aris Ariwatan setuju sertai Gegar Vaganza jika ditawarkan hadiah wang tunai RM1 juta

PENYANYI Aris Ariwatan mengakui pernah ditawarkan untuk menyertai pertandingan nyanyian Gegar Vaganza sejak daripada musim pertama.

Berkongsi mengenai perkara itu, Aris atau nama sebenarnya Haris Fadzillah Daud, 59, bagaimanapun berkata dia hanya akan menyertai pertandingan berkenaan sekiranya ditawarkan hadiah utama bernilai RM1 juta.

Menurut Aris, nilai berkenaan bukanlah ditetapkan untuk dirinya tetapi merupakan harga pengorbanan yang dilakukan oleh anak-anak seni.

“Saya pernah ditawarkan untuk sertai Gegar Vaganza pada musim pertama lagi tetapi saya masih dengan keputusan saya dan rela dikorbankan untuk kebaikan kecuali diberikan hadiah bernilai RM 1 juta.

“Harga tersebut bukanlah untuk diri saya, tapi harga untuk karier sebagai anak seni tambahan pula selaku artis veteran ini memang mahal.

“Tak ternilai harganya sebab saya berusia 59 tahun jadi bukan masa untuk sensasi, kontroversi tapi ini merupakan masa untuk berikan sesuatu yang berisi kepada generasi saya,” kata Aris kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi