suria

Linda Rafar pandai mengurut, miliki kebolehan baca hati orang… Dedah ada rakan artis mengata belakang

PENYANYI Linda Rafar terkejut apabila mendapat tahu ada rakan artis bercakap buruk dan cuba menutup periuk nasinya.

Menurut Linda, individu terbabit membuat dakwaan palsu kononnya dia tidak lagi aktif berlakon mahupun menyanyi.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 45 berkata perkara itu disedari selepas dia kurang menerima tawaran berlakon daripada mana-mana pihak produksi.

“Saya tak sangka apabila ada kawan dalam kalangan selebriti yang nampak baik selalu komen dekat Instagram tapi dekat belakang tak baik dan menutup periuk nasi.

“Pernah juga bila ada orang tanya nombor telefon saya untuk diberikan tawaran kerja tapi individu tersebut kata yang saya ni tak lagi aktif berlakon.

“Terkejut juga, patutlah banyak pengurus produksi tidak tawarkan kerja, tapi disebabkan mulut si dia tu orang sangkakan saya mahu berehat sedangkan saya masih lagi aktif,” kata Linda kepada mStar.

Dalam pada itu, Linda turut memberitahu dia mempunyai kelebihan mengurut dan membaca hati seseorang.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi