suria

“Kenapa nak gores perasaan orang lain?” - Ajak, Shuib ‘sekolahkan’ pelawak Singapura, kurang adab dalam melawak

TAMPIL menyuarakan pandangan mengenai isu pelawak Singapura memperlekehkan Malaysia, pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Ajak dan Shuib berharap perkara tersebut tidak menjadi satu ikutan.

Mengulas mengenai isu berkenaan, kata Ajak atau Mohd Hanaffi Razak, 37, dia terkejut apabila melihat video berkenaan dan tidak faham mengapa individu tersebut perlu membuat lawak yang menggores hati orang ramai.

“Pertama kali saya lihat video itu, saya terkejut dan terfikir macam ini ke pelawak.

“Sebab kalau pelawak dia kena jadi bijak baru boleh jadi pelawak, walaupun pelawak membodohkan diri atas pentas tapi dia bodoh yang bijak.

“Apa yang dia buat itu adalah bodoh betul! Saya tak faham kenapa dia keluarkan kenyataan yang menggores perasaan umum,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Shuib atau Shahmira Muhammad, 39, juga sempat memberikan pandangan mengenai isu itu dan berkata dalam melawak ada adab yang perlu dijaga.

“Ada adab melawak jangan sampai tiada adab melawak.

“Saya pun bukanlah nak kata saya betul selama ini, ada juga terlepas tapi janganlah sampai ke tahap terlalu ekstrem seperti itu, ekstrem sangat tu!” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi