suria

Nampak ‘sweet’ tapi Scha Alyahya mengaku selalu gaduh dengan Awal… “Yang tak elok kita simpan”

MELIHAT kemelut pergolakan rumah tangga selebriti sering menjadi bualan netizen sejak kebelakangan ini, pelakon dan pengacara Awal Ashaari turut bersimpati dengan nasib menimpa mereka.

Bercakap mengenai perkara itu, Awal atau Awal Awaluddin Ashaari, 42, meminta netizen supaya tidak masuk campur dalam urusan rumah tangga para selebriti dan melaga-lagakan kedua-dua pihak.

"Tapi bila lihat situasi yang terjadi dalam kalangan rakan selebriti, mungkin masa mereka diuji dengan ujian sebegini jadi rakan serta orang luar jadi simpati kepada mereka.

"Masa kita belum sampai, tak tahu nasib kita bagaimana, Awal selalu tanya pada Scha adakah kita akan jadi seperti mereka?, itu semua aturan Allah kalau terjadi itu takdir tapi sekiranya belum kita boleh hindari dengan doa serta berharap hubungan berkekalan.

”Kalau boleh orang luar jangan masuk campur dan doakan yang terbaik buat mereka supaya bertemu penyelesaian, macam netizen pun janganlah panaskan keadaan dengan melaga-lagakan kedua-dua pihak kerana risau mereka akan buat keputusan yang tak mahu pun sebenarnya," kata Awal kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi