suria

Aliff Syukri seronok jual durian, nampaknya ‘abang sado’ viral dah ada pesaing

BERMULA dengan suka-suka, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tidak menyangka meniaga buah durian di tapak car boot sales mampu menjana pendapatan lumayan.

Kata Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, sebelum ini dia sering memberikan durian secara percuma sahaja namun kerana lambakan buah tersebut membuatkan dia terfikir untuk menjual pula di lokasi Kota Damansara, Selangor.

“Saya jual di tapak car boot, buka meja meniaga dan tidak sangka dalam 30 minit jualan saya cecah RM3,000.

“Saya terkejut... Ya Allah banyaknya, padahal saya dah sedekah, yang jual itu hanyalah durian yang saya tidak tahu nak bagi siapa lagi.

“Selepas itu saya terfikir nak jual secara serius pula,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Aliff sempat berkongsi kejadian hari pertama jualan apabila berlakunya kes kecurian.

“Saya terkejut bila tengok CCTV (kamera litar tertutup), rupanya duit kami berkurang sebab mereka bawa lari.

“Tapi saya kata tidak mengapa saya halalkan, memang saya meroyan waktu itu,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi