suria

Main dram tapi dapat komen nakal, level bapa-bapa pun sama ‘merela’… Nur Amira Syahira usaha perbaiki diri

SERING kali menerima komen kecaman dan berbaur lucah di media sosial, penyanyi dan pemain dram wanita iaitu Nur Amira Syahira memberitahu dia memilih untuk mengabaikan kata-kata yang ditulis netizen itu.

Meskipun menerima banyak komen-komen nakal, Amira atau nama sebenarnya Nur Amira Syahira Azizul Abidin, 20, berkata ia sama sekali tidak menjejaskan emosi dan prestasi kerjanya.

“Semua komen-komen nakal tu sebenarnya Mira baca tapi apa boleh saya kata ia sama saja dengan perbuatan body shaming yang ditulis oleh hater... jadi saya block saja mereka.

“Kalau saya layan komen-komen mereka memang akan sakit hati sebenarnya, tapi saya buat tak tahu saja bukan setakat komen tapi mesej DM yang pelik-pelik pun ada.

“Admin saya akan menjaga dan menapis segala komen-komen nakal atau mesej tak elok tu, lagipun perkara ini masih dalam kawalan dan tak menjejaskan apa-apa pun sekarang ni,” kata Amira kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi