suria

Sumber wang sedekah dipersoal, TikToker Cahaya Icha guna duit sendiri… Bahagia tengok orang susah senyum

PERNAH merasai hidup susah sebelum ini membuatkan personaliti media sosial, Cahaya Icha tidak lokek untuk bersedekah kepada orang yang memerlukan.

Bercakap mengenai perkara itu, Cahaya, 26, berkata dia suka melihat orang bahagia dan senyuman yang dilemparkan penerima menjadi penguat dirinya untuk sentiasa berkongsi rezeki.

“Dari dulu saya suka melihat orang bahagia jadi bila saya nampak orang susah kadang-kadang bagi je apa yang saya mampu.

“Sebab saya pernah berada dalam situasi mereka, saya pernah mengalami kesusahan seperti apa yang mereka alami.

“Walaupun dalam poket saya ada RM50 dan saya berikan RM10 dekat orang susah lepastu mereka senyum,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi