suria

Intai set drama ‘Malam Zulaika’… Seram tonton lakonan Sweet dan Adam Lee, anak Mas Idayu tunjuk bakat

BARU saja ditayangkan bermula 8 Jun lalu di TV3, drama bersiri Malam Zulaikha menarik perhatian peminat drama tempatan.

Drama 15 episod arahan Shuhaimi Lua, merupakan filem seram kedua terbitan Tanah Beris Production selepas drama Aku Yang Kau Gelar Isteri (TV3).

“Setelah kejayaan Tanah Beris Production dalam menghasilkan drama seram pertama iaitu Aku Yang Kau Gelar Isteri, drama Malam Zulaikha ini merupakan genre drama sama yang kedua disiarkan di TV3,” kata Shuhaimi kepada mStar.

Menurut Shuhaimi, drama ini menyajikan elemen seram dan saspens yang pastinya mampu menarik minat penonton.

“Banyaklah elemen saspens dan kejutan dalam drama ini, saya pula suka hasilkan drama yang ada cabaran kerana untuk hasilkan drama seram perlu nilai karya yang lebih besar, tapi yang pasti ada mesej yang ingin disampaikan dalam drama ini,” ujarnya.

Drama: Malam Zulaikha (Slot Samarinda TV3)

Pelakon: Adam Lee, Sweet Qismina, Maria Farida, Amyza Aznan, Fiza Thomas, Maria Farida, Syahmie Thsaqeef, Ku Farida, Danny Shah.

Pengarah: Shuhaimi Lua

Tayangan: Bermula pada 8 Jun, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi