suria

Juara ‘Ceria Popstar Xtra’ Dinda Dania tak malu busking tepi jalan, syukur rezeki bantu keluarga… “Saya tak lupa asal usul”

BEKAS juara program realiti nyanyian Ceria Popstar Xtra 2022 iaitu Dinda Dania memberitahu dia tidak ambil hati sekiranya ada pihak melabelnya sebagai artis jalanan kerana sering membuat persembahan bersama Busker.

Kata Dinda atau nama sebenarnya Dania Zafirah Sulaiman, 18, sehingga kini dia masih lagi meneruskan aktiviti menyanyi bersama kumpulan busker kerana hasil pendapatan tersebut digunakan untuk membantu keluarganya.

“Saya jenis orang tak lupakan asal usul sebab sebelum saya masuk Ceria Popstar pun saya memang asalnya menyanyi jalanan bersama busking, saya masih busking sebab dalam proses untuk orang lebih kenali saya dan melonjakkan nama dalam industri juga.

“Kalau saya henti busking takut orang lupa dan saya pun tak mahu aktiviti ini terhenti macam tu saja.

“Hasil duit daripada Busking ini pun saya gunakan untuk membantu keluarga, tak kisah apa orang nak cakap sebab perkara itu tak menjatuhkan harga diri pun sebenarnya,” kata Dinda kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi