suria

Yusof Haslam belum berhubung dengan Syamsul, fikir positif anak masih sibuk… Bangga kejayaan ‘Polis Evo 3’

PENERBIT Datuk Yusof Haslam memaklumkan anaknya iaitu Syamsul masih belum menghubunginya atau isteri, Datin Patimah Ismail selepas sah bercerai dengan Puteri Sarah Liyana pada 14 Jun lalu.

Memahami jadual padat anaknya itu, Yusof atau Md Yusof Md Haslam, 69, berkata kesibukan kerja mungkin menjadi faktor Syamsul belum berkesempatan menghubunginya.

“Dengan Sarah ada berhubung tapi Syamsul setakat ini dia belum berhubung dengan mak atau pun ayah dia.

“Tapi saya rasa mungkin dia sedang sibuk ‘shooting’ Original Gangster jadi kita bagi dia masa.

“Saya rasa gembira kerana Syamsul dengan Sarah dah bercerai tapi dengan cara yang baik, hubungan Sarah dengan Syamsul dengan anak-anak okay,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Yusof sempat mengulas mengenai kejayaan filem Polis Evo 3 yang menewaskan kutipan filem daripada luar negara seperti Fast X.

“Pertama sekali saya bimbang kerana kita berentap dengan filem Fast X sebuah filem kita tahu memang belanja ratusa juta dollar dan kita belanja dalam RM8 juta.

“Tapi ini menunjukkan bajet bukan menjadi kayu ukuran mengatakan kalau bajet besar kita akan berjaya ia berbalik content, penceritaan dan rezeki Allah SWT,” ujarnya

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi