suria

Fadlan Hazim rancang nikah wanita Kazakhstan hujung tahun, rupanya bukan mudah proses kahwin warga asing

PELAKON Fadlan Hazim mengakui bukan mudah untuk berkahwin dengan wanita berlainan warganegara.

Berkongsi pengalaman proses mengahwini wanita Kazakhstan, Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 31, berkata prosuder di negara berkenaan lebih mudah jika dibandingkan di Malaysia.

“’Fed up’ jugalah sikit tapi saya faham itu peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan kita (Malaysia).

“Tapi agak kejutan budaya jugalah tambah-tambah lagi pada keluarga saya punya tunang sebab dekat negara mereka senang.

“Bawa kad pengenalan, pasport, tanda tangan sudah siap, selesai dah kahwin tapi kat sini agak sukar tapi saya pun faham kenapa langkah-langkah itu perlu diambil,” katanya kepada mStar.

Fadlan berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama terbitan Astro Originals berjudul Jack Yusof yang ditayangkan di Astro Ria HD bermula Isnin.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi