suria

“Cari di akhirat nanti” - Hafreez Adam terkejut dikatakan sudah meninggal dunia, individu sebar berita palsu tidak berakal

PELAKON Hafreez Adam kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mendakwa dirinya sudah meninggal dunia.

Terkejut dengan berita itu, Hafreez atau Hafreez Adam Aizat Zahalan, 33, berkata perkara yang paling dirisaukan adalah reaksi keluarganya.

“Waktu saya dapat tahu tu saya sedang bekerja, cuma kerisauan saya adalah keluarga sebab waktu tu saya bekerja di luar Kuala Lumpur.

“Jadi bila bekerja saya risau tak sempat nak jawab panggilan telefon, balas mesej jika keluarga saya cuba hubungi, nanti kalau tak dapat mungkin mereka ingat saya meninggal dunia betul-betul.

“Saya terkejut tapi bila mula-mula dapat tahu saya tergelak sebab macam manalah orang boleh buat berita macam itu sebab ia secara tiba-tiba,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Hafreez bakal muncul dalam filem Jemputan Ke Neraka yang bakal menemui peminat di pawagam bermula 22 Jun 2023.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi