suria

Terkejut tengok netizen kritik Ustaz Wadi, Hazwani Helmi nasihat jadilah seperti ‘mata lebah’

PENYANYI Hazwani Helmi berpendapat netizen sepatutnya menyebarkan cerita-cerita yang baik dan bukannya menabur fitnah di media sosial.

Berkongsi pandangan mengenai isu sensasi membabitkan pendakwah Ustaz Wadi Annuar, penyanyi Hazwani atau Nur Hazwani Afiqah Helmi, 26, berpendapat seorang guru seharusnya dihormati.

“Kita kena menghormati semua guru, jadi bila saya dengar tentang perkara itu saya terkejut juga tapi saya yakin Allah menyayangi Ustaz Wadi sebab itu Allah angkat darjat Ustaz Wadi.

“Bagi saya seeloknya lebih baik kita menyebar cerita perkara-perkara yang baik.

“Asbab ceramah Ustaz Wadi yang keluar di TikTok membuatkan kita tahu amalan-amalan dalam Islam, jadi bagi saya lebih kita kongsi perkara yang baik,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Hazwani baru sahaja mengeluarkan single terbaharu bertajuk Wahana iaitu duet bersama Siqma yang boleh didengar di YouTube Masyhur.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi