suria

Zahid intai peluang sertai GV, mahu cabar diri kerana belum cukup bagus… Sedia berdepan komen juri

PENYANYI Zahid meluahkan hasratnya menyertai dan bersaing dalam program terbitan Astro iaitu Gegar Vaganza (GV).

Kata Zahid atau Ahmad Zahid Baharudin, 43, sehingga kini ramai bertanyakan kepadanya mengenai pembabitan dalam program berkenaan.

Bagaimanapun Zahid berkata masih belum ada rezeki untuk dia terlibat dalam program itu.

“Saya tidaklah menunggu semata, saya tahu orang ramai tanya kenapa saya tak masuk GV.

“Bukan saya punya kuasa untuk masukkan saya dalam GV, nak masuk kena ada tawaran, saya anggap rezeki tu belum ada lagi.

“Kalau Allah kata saya dah sedia untuk GV saya buatlah, masalahnya tiada lagi,” katanya kepada pemberita.

Untuk rekod Zahid pernah menjadi juara program Akademi Fantasia musim kedua.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi