suria

Anna Jobling tak suka dibandingkan dengan aktres lain, tiada kaitan gosip Meerqeen dan Ameera Khan

MELIHAT kemesraan pelakon Meerqeen dan Ameera Khan dalam satu acara baru-baru ini mengundang rasa kurang senang segelintir segelintir peminat.

Sehinggakan ada yang beranggapan perkara itu bakal mengganggu hubungan aktor berkenaan dengan pasangannya iaitu Anna Jobling.

Mengulas mengenai perkara itu, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, memberitahu dia tidak kisah tentang perkara itu kerana hubungannya dengan Meerqeen hanyalah sekadar kawan.

Malah, dia melihat kemesraan itu atas urusan kerja semata-mata.

“Saya tak kisah pun sebab ia urusan kerja. Mungkin selepas ini Anna akan berada di set lain dan akan digandingkan dengan pelakon lain juga.

“Orang nak jodohkan saya dengan Meerqeen saya okay saja sebab kami hanya kawan... apa yang membuatkan peminat gembira, saya okay saja.

“Peminat saya tahu yang saya tak suka dibandingkan dengan sesiapa walaupun daripada segi kecantikan sekali pun, setiap orang ada kelebihan masing-masing,” kata Anna kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi