suria

Lama tanggung sakit misteri, Yantzen semakin pulih selepas berubat cara tradisional

SEMAKIN pulih dari penyakit misteri, penyanyi Yantzen memberitahu dia mengamalkan perubatan tradisional sebagai ikhtiar untuk kembali sembuh.

Kata Yantzen atau Yantzen Juniwan, 65, dia sendiri tidak tahu mengenai penyakit tersebut tetapi apa yang pasti setiap kali sebelum tidur rasa kesakitan itu lebih menyakitkan.

“Selama 24 jam selama tiga bulan saya menahan sakit tersebut, ada yang kata gout tapi sampai sekarang kaki saya kebas-kebas lagi.

“Susah nak cakap... jadi saya ikhtiar dengan melakukan perubatan tradisional.

“Kesakitan yang saya rasa itu secara tiba-tiba, biasanya pada waktu malam sebelum nak tidur,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Yantzen akui tidak terasa hati dengan komen netizen mendakwa dia mengambil barang terlarang.

“Tak juga, pemikiran seseorang itu mempunyai pelbagai andaian, kadang-kadang ada yang beri sokongan tapi itu biasalah nak naikkan semangat saya.

“Pada saya itu semua ada baik dan buruk jadi kita kena terima, jangan sampai kita melatah,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi