GENAP sebulan Shuib mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya iaitu Watie, bapa kepada arwah Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah mengakui gembira melihat kebahagian menantunya itu.
Kata Raisuddin, dia seronok melihat Shuib melalui kehidupan baharu bersama isteri dan anak-anak.
"Setahun lebih arwah (Sarah) tiada... Shuib tak boleh makan, tak tidur. Kita sanggup ke tengok dia macam tu?
"Bukan benda pelik kalau kahwin selepas kematian pasangan sebab setiap orang itu ketentuannya berbeza.
"Saya beritahu Shuib kalau dah ada (pengganti) cakap sahaja, biar saya yang pinang. Saya dah anggap dia macam anak saya sendiri, jadi kalau dah anak kenapa saya nak sedih apabila dia nak kahwin," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Raisuddin menyifatkan Watie seorang wanita yang cukup istimewa kerana memahami situasi sedang dilalui Shuib.
TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube