suria

Rancangan realiti jatuhkan ‘standard’ artis lama, Rahmad Mega pula anggap ia strategi kekal relevan

PENYANYI Rahmad Mega tidak menganggap artis lama yang memasuki pertandingan nyanyian boleh menjatuhkan kredibiliti mereka sebagai penghibur berpengalaman.

Sebaliknya kata Rahmad atau Rahmad Tohak, 54, penyertaan menerusi program tersebut sebenarnya dapat menjadikan seseorang penyanyi itu kekal relevan seiring dengan peredaran industri muzik.

"Seperti saya menyertai program Gegar Vaganza sekitar 2014, ketika itu orang tidak tahu pun konsep rancangan berkenaan tetapi itu adalah medan artis lama mengembangkan bakat mereka.

"Dengan adanya program itu, penyanyi lama seperti saya dapat promosikan diri selama dua bulan berentap.

"Sama seperti program Terpaling Juara, saya perlu cabar diri untuk kekal relevan dalam persaingan industri muzik hari ini," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi