suria

“Dia lonely tiada kawan”… Aaisyah minta adik, Zain Saidin tak tolak rezeki anak kedua

PELAKON Zain Saidin memberitahu dia dan isteri Rozita Che Wan mempunyai perancangan untuk mendapatkan cahaya mata kedua.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 39, bagaimanapun berkata dia reda sekiranya belum dikurniakan rezeki zuriat dan menyerahkan kepada Allah SWT.

"Saya tak pernah henti mencuba untuk dapatkan zuriat cumanya ia bergantung kepada rezeki, kalau ada okay, sekiranya tak ada tak apa syukur saja.

“Aaisyah kadang-kadang dia ada juga bertanya soal itu sebab dia ada abang yang sudah besar jadi dia sunyi tak ada kawan.

"Jadi sebagai bapa, saya lah yang jadi kawan kepada dia sekarang ini.

"Pernah satu tahap dia minta adik yang sama umur dengannya supaya dapat bermain sekali... dia pernah juga cakap minta kami ambil anak angkat sama baya dengan dia," kata Zain kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi