suria

Ibu selalu tanya tentang cucu… belum ada rezeki, Suami Heliza Helmi mohon peminat doa yang baik-baik

USAHAWAN Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman memberitahu isterinya iaitu penyanyi Datin Seri Heliza Helmi masih belum hamil.

Walaupun ada yang membuat pelbagai andaian mengenai perkara itu, Mahadi, 39, berkata Allah sudah mengaturkan yang terbaik dalam perjalanan hidup mereka.

Justeru itu, dia berharap agar peminat mendoakan yang baik-baik buat mereka.

“Belum ada rezeki, Allah susun yang terbaik insyaAllah jadi doakan supaya kami dapat cahaya mata secepat mungkin.

“Memang banyak viral mengatakan bila nampak pakai baju besar sikit Heliza mengandung ke ni?

“Sebenarnya belum lagi, apapun doa yang terbaik insyaAllah,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mahadi sempat berkongsi mengenai keadaan isterinya apabila ibu mentua sering bertanya mengenai zuriat.

“Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya, Heliza pun faham bila seorang mak tanya (bila nak ada anak).

“Jadi dia faham sebab setiap nenek nak ada cucu jadi itu perkara biasa dan Heliza boleh kawal perasaan itu,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi