suria

“Sukar untuk disatukan semula” - Mamat Sepah rindu Jep dan Shuib, harap boleh duduk semeja minum kopi

PELAWAK Mamat Sepah tidak melihat ada harapan untuk mengumpulkan dua anggota asal Sepah iaitu Shuib dan Jep memandangkan isu di antara mereka dilihat masih belum ada jalan penyelesaian.

Mamat atau Mohd Noor Murad, 38, berkata, sebagai rakan dia ada memasang niat untuk menyatukan kesemua anggota Sepah dan berharap impiannya itu bakal menjadi kenyataan.

"Sekarang semua dah tahap jutawan, Alhamdulillah. Saya sangat gembira dengan impian kami sebelum ini yang mahu jadi 'somebody'.

"Tapi bila timbulnya isu perpecahan, perkara berbangkit... saya pun tak sangka keadaan jadi macam ini. Saya secara periadi memang nak satukan sepah semula.

"Tapi saya sedar agak sukar untuk disatukan semula mengenangkan keadaan sekarang," katanya kepada mStar.

Pada Jumaat lalu, Mamat dan kumpulannya iaitu Majakelat muncul sebagai juara program Mega Spontan musim pertama dan membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi