suria

“Saya tak malu mengaku…” - Joey BPR tangguh niat pergi Tanah Suci, mahu selesaikan hutang RM32,000 dahulu

VOKALIS kumpulan Bumi Putra Rockers (BPR), Joey memberitahu dirinya masih mempunyai hutang dalam rekod CTOS Data Systems Sdn Bhd (Ctos) berjumlah RM32,000.

Kata Joey atau Johari Mat Rozekhi, 60, dia terpaksa melupakan hasrat untuk menunaikan umrah atau haji sehingga selesai segala hutang terlebih dahulu.

“Bagi saya kefahaman umrah atau makna haji yang mabrur, perlu untuk langsaikan hutang terlebih dahulu.

“Saya bukan ustaz tapi ini kefahaman saya, kalau kita pergi haji 30 kali sekali pun kalau hutang tak selesai pada saya tak mabrur.

“Semudah itu sahaja pada saya, bagi saya haji ni tak wajib, wajib ni sebenarnya pada yang mampu... jadi saya utamakan selesai hutang dahulu,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain Joey akan beraksi bersama Datuk Nash, Bandi Amuk, Aris Ariwatan, Rahmad Mega, Yantzen, Jatt Ali dan Muss dalam konsert Semangat Zaman yang bakal berlangsung pada 29 September di Zepp, Kuala Lumpur.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi