suria

“Kalau Syamsul panggil pun abang tolak” - Faizal Hussein lebih suka berlakon drama OTT, bayaran berbaloi

PELAKON Faizal Hussein menyifatkan untuk seseorang artis itu kekal relevan mereka perlu menjaga penampilan diri dan tidak berkongsi masalah peribadi di media sosial.

Mengulas tentang perkara itu Faizal, 56, berkata tidak semua perkara boleh dikongsi di media sosial dan selebriti itu harus bijak menguruskan sebarang masalah dalam industri.

“Sebenarnya seseorang artis tu tak boleh cakap langsung di media sosial tentang masalah mereka, dia kena selesaikan masalah itu tanpa rakyat tahu.

“Sama kes macam gaduh laki bini tunjuk di media sosial... bagi saya ada benda boleh masuk media sosial ada benda yang tak boleh.

“Keduanya untuk saya sendiri kekal relavan kita kena tunjuk dekat penonton kita masih relevan,” katanya kepada pemberita.

Dalam perkembangan lain, Faizal kini sedang terlibat dalam penggambaran drama adaptasi dari Korea Selatan iaitu W: Two Worlds terbitan Viu.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi