suria

Hebat anak-anak Rahmad Mega, semuanya belajar pandai… Syukur tak terjebak dunia media sosial

PENYANYI Rahmad Mega bersyukur dikurniakan anak-anak yang tidak terdedah dengan dunia media sosial tetapi lebih mementingkan soal pelajaran.

Kata Rahmad, 54, setakat ini anak-anaknya masih tidak berminat dengan persekitaran media sosial termasuklah dunia hiburan.

“Dunia anak-anak lebih ke arah dunia pendidikan bukan terlibat dalam aktiviti macam bapa mereka (penyanyi).

“Minat mereka berlainan... kadang-kadang mereka minat menyanyi tapi tak tonjolkan minat tersebut tapi lebih cenderung ke arah pelajaran.

“Saya bersyukur anak-anak dapat membentuk karakter peribadi yang baik dan tidak terjerumus atau terjebak dengan dunia media sosial hari ini yang sangat terdedah.

“Alhamdulillah masih lagi boleh membendung anak-anak saya dengan baik,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain Rahmad akan beraksi bersama Datuk Nash, Bandi Amuk, Aris Ariwatan, Joey BPR, Yantzen, Jatt Ali dan Muss dalam konsert Semangat Zaman yang bakal berlangsung pada 29 September di Zepp, Kuala Lumpur.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi