suria

Ibu kurang sihat, Khai Bahar lebih kerap balik Perlis… “Keadaan dia sekarang ingat-ingat lupa”

MESKIPUN keadaan kesihatan ibunya kurang baik namun ia tidak menganggu emosi dan perjalanan karier seni penyanyi Khai Bahar ketika ini.

Berkongsi mengenai perkara itu, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 29, berkata dia tetap akan memantau keadaan ibunya iaitu Rosnah Muhammad yang kini sedang menerima rawatan di kampung halaman di Perlis.

“Ibu saya sekarang berada di Perlis sebab mudah untuk dia jalani rawatan dialisis sebab kemudahan semuanya dekat dan senang... ada juga keluarga yang turut memantau keadaan dia sekarang ini.

“Walaupun sibuk dengan urusan kerja di bandar tapi saya akan tetap pulang ke kampung halaman dan boleh dikatakan setiap bulan akan jenguk ibu malah bulan ini saja hampir tiga kali saya pulang ke Perlis.

“Alhamduilah walaupun keadaan ibu kurang sihat namun ia tidak menjejaskan emosi mahupun kerja saya setakat ini dan saya mampu mengawalnya dengan baik lag ipun memang tanggungjawab sebagai seorang anak,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Khai juga merupakan salah seorang finalis yang tercalon di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke -35 Harian bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi