suria

Bayaran ‘ciput’ tapi Prono tak rasa dianiaya, hidup di kampung asal cukup makan

PELAKON veteran Prono mendedahkan walaupun sudah lama bertapak dalan dunia lakonan namun bayaran diterima masih ditahap sama seperti mana di awal kemunculannya 25 tahun lalu.

Prono atau Mat Saad Abd Ghani bagaimanapun berkata, dia tidak pernah berasa dianiaya kerana menganggap besar atau kecil bayaran diterima adalah rezeki dari Allah.

Malah kata Prono, kehidupannya sebagai orang kampung juga tidak memerlukan perbelanjaan banyak asalkan cukup untuk menampung kehidupan seharian.

"Soal bayaran dari dulu sampai sekarang lebih kurang saja walaupun sudah berpuluh tahun berlakon, memang macam itu sahaja.

"Tapi saya tak kisah sebab saya ini orang kampung... bila penerbit atau pengarah panggil saya berlakon, berapa ditawarkan pun saya terima.

"Sebab saya asal orang kampung, asal cukup makan, tak jadi masalah... kalau tiada tawaran berlakon biasanya saya akan lakukan kerja-kerja kampung untuk tampung kehidupan," katanya kepada mStar.

Terbaharu, Prono merupakan salah seorang pelakon filem Merewang Keluarga Pak Awang yang bakal ditayangkan di platform Astro First bermula 15 Julai 2023.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi