suria

Influencer cuba nasib jadi pelawak, Sabri Yunus pesan jangan sombong ada pengikut ramai

PELAWAK dan pelakon Sabri Yunus menasihati personaliti media sosial agar menjauhi sikap sombong walaupun sudah popular di media sosial.

Mengulas mengenai perkara itu, Sabri, 62, berkata sikap negatif itu boleh menyebabkan seseorang influencer itu tidak akan bertahan lama dalam industri.

“Pada saya influencer dah ada pengikut dua atau tiga juta, mereka dah selesai untuk tarik penonton, yang tidak selesai mengenai kemampuan mereka untuk melawak dan berlakon.

“Jadi teruskan belajar... kalau pergi dengan nilai kesombongan itu pada saya dia tidak akan lama.

“Sedarlah anak-anak influencer, peluang yang ada sudah bagus jadi gunakan dengan baik,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Sabri sempat memberikan pandangan mengenai mengapa pelawak lama tidak sehebat pelawak baharu.

“Kalau tanya penonton generasi lama, mereka akan kata pelawak lama lebih bagus... tanya penonton sekarang pula mereka kata pelawak baharu lebih bagus.

“Bukan soal lawak itu sendiri tetapi soal penonton... dahulu zaman nostalgia lebih kepada pelawak lama tapi sekarang penonton baharu lebih kepada pelawak baharu,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi