suria

Penyanyi lagu ‘Malampagi’ teruk kena bahan nyanyi live hancur, Saixse gementar pertama kali naik pentas

PENYANYI yang popular dengan lagu Malampagi iaitu Saixse tidak berkecil hati dikecam susulan nyanyian secara langsung menerusi sebuah acara dilihat tidak sama seperti dalam versi rakaman studio.

Saixse, 21, berkata, perasaan gementar memberi kesan kepada vokal dan persembahannya namun memandang positif kecaman peminat bagi memperbaiki kelemahan.

"Saya tak rasa apa bila ada orang kritik malah terhibur baca komen netizen... namun perkara yang baik saya ambil positif dalam memperbaiki diri.

"Itu adalah pertama kali saya buat persembahan live jadi, nada agak lari ditambah dengan perasaan gementar berada di atas pentas," katanya.

Dalam pada itu, Saixse memberitahu dia tidak menyangka lagu Malampagi menjadi fenomena dalam kalangan pendengar dan akan cuba menghasilkan karya lebih baik pada masa depan.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi