suria

Penyebaran berita palsu kematian artis, Nash anggap ia fitnah akhir zaman

PENYANYI Datuk Nash menganggap berita palsu tentang kematiannya yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab sebagai fitnah akhir zaman.

Nash atau Nashrudin Elias, 64, berkata, sudah dua kali namanya difitnah sudah meninggal dunia sehingga membuatkan dia terasa hati dengan berita tidak benar disebarkan kepada orang ramai.

"Pada peringkat awal memang terasa hati sampai ada kata saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

"Baru-baru ini pula keluar gambar hitam putih, tak cukup itu tersebar pula gambar kononnya saya sakit teruk dan masuk hospital sebab sudah kritikal.

"Semua ini fitnah akhir zaman," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nash berpesan kepada pihak yang gemar menyebar berita palsu supaya segara insaf sebelum terlambat.

Bagaimanapun dia sudah memaafkan orang-orang yang memfitnahnya kerana menganggap golongan ini belum mengenali erti kehidupan sebenar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi