suria

Qistina Raisah belajar secara 'home school', sudah biasa bergaul orang dewasa “Tak boleh terima jangan tengok”

SERING dikecam di media sosial, pelakon Qistina Raisah memberitahu dia tidak tertekan malah sudah biasa dengan perkara berkenaan

Kata Qistina, 15, jika netizen tidak suka, aktres itu menasihati supaya tidak melihat apa-apa berkenaan tentang dirinya.

“Baru je semalam ada orang kata kat saya yang saya ni kecil lagi tak sesuai dan tak layak lagi.

“Tapi bagi saya sebab saya dah biasa cakap dengan orang lebih dewasa dan saya pula tidak pergi sekolah jadi tak biasa dengan budak-budak.

“Jadi inilah diri saya, kalau mereka (netizen) tak boleh terima diri saya jangan tengok,” katanya kepada mStar.

Qistina berkata demikian ketika ditemui di sidang media filem Rahsia yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dia juga sempat mengulas mengenai penerimaan keluarga selepas aktres itu sering dikecam netizen.

“Keluarga saya seratus peratus sokong saya.

“Tapi macam mak saya kalau dia nampak apa yang tidak bagus dia akan tegur,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi