suria

Jauh perjalanan seni Bell Ngasri, akhirnya nama tercalon Top 5 ABP… Throwback momen disuruh berlakon sejak kecil

PELAKON Bell Ngasri terharu dengan sokongan rakyat Malaysia yang menyokongnya sehingga tersenarai dalam Top 5 Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35.

Kata Bell atau Nasrizal Ngasri, 43, dia berharap perhatian yang diperoleh ketika ini tidak akan mengubah dirinya menjadi orang lain di masa depan.

“Dengan perhatian yang orang bagi saya minta sangat dekat Allah supaya janganlah perkara itu merosakkan saya.

“Saya tak nak cakap popular jadi saya lebih kepada perhatian, selepas ini kita tidak tahu sama ada masih popular lagi ke tidak.

“Alhamdulillah nasib saya mendapat perhatian... tapi apapun dengan Top 5 dengan undian 10 yang tertinggi terima kasih banyak-banyak,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi