suria

Dah lama Charly tinggalkan ST12, tapi peminat masih keliru tak tahu sudah bersama Setia Band

PENYANYI Charly memberitahu dia tidak kisah sekiranya namanya masih lagi disebut sebagai anggota ST12 dalam kalangan peminat meskipun sudah lama meninggalkan kumpulan itu.

Jelas Charly atau nama nama sebenarnya Charly Van Houten, 44, impaknya bersama kumpulan ST12 masih lagi kuat hingga membuatkan peminat terlupa kewujudan kumpulan baharu iaitu Setia Band.

“Orang Indonesia pun masih ingat saya bersama kumpulan ST12 walaupun sebenarnya sudah lama keluar daripada kumpulan itu.

“Dekat Malaysia pun sama dan bagi saya tiada masalah kerana itu hanya sekadar nama band saja, kalau orang masih panggil saya dengan nama Charly ST12 pun okay saja sebab saya pun dah lama dengan kumpulan itu kan.

“Sebenarnya peminat ST12 dan Setia Band itu adalah orang yang sama, lagi pun ahli kumpulan Setia Band pun tak marah walaupun ada peminat memangil saya dengan nama ST 12,” kata Charly kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi