suria

“Saya takkan maafkan!” - Baby Shima mahu saman, ikut jejak langkah Shuib bertentang mata dengan pemfitnah

SELEPAS melihat pelawak Shuib Sepahtu membuat satu sidang media tergempar berhubung dakwaan fitnah yang dilemparkan netizen baru-baru ini, penyanyi Baby Shima menyambut baik perkara itu dan menyokong penuh tindakan pelawak berkenaan.

Kata Baby atau Nor Ashima Ramli, 28, dia juga bakal mengambil tindakan sama seperti pelawak berkenaan untuk mengadakan sidang media bagi membersihkan namanya.

“Sangat bagus perkara itu sebab zaman sekarang ini ramai suka viral dan sikit-sikit nak komen perkara yang bukan-bukan serta fitnah sesuka hati, bagus apa yang abang Shuib lakukan tu.

“Shima rasa semua artis patut buat macam ni, saya pun berdepan perkara sama, jadi selepas ini kalau masih lagi berlarutan saya akan buat macam Shuib juga,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shima turut memberitahu dia enggan memaafkan individu yang telah melemparkan dakwaan fitnah terhadapnya meskipun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya tak akan maafkan individu yang lempar fitnah itu... biarlah orang nak kata apa pun sebab yang tanggung sakit itu saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi