suria

Bukan niat buka aib suami curang... Taklik talak 3 sudah lama, Hajar Hanif tiada pilihan risau status diri dan anak-anak

PERSONALITI media sosial Hajar Hanif tidak berniat membuka pekung suami sendiri di laman sosial sehingga menyebabkan isu rumah tangga mereka menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet.

Hajar, 27, sebaliknya menjelaskan itu adalah satu-satunya jalan susulan suaminya Mikhail Isaaq cuba berdolak-dalik tentang kecurangannya walaupun mempunyai pelbagai bukti.

Kata Hajar, lafaz taklik dibuat Mikhail yang berjanji tidak akan bersikap curang atau jatuh talak tiga membuatkan dia resah memikirkan status dia dan dua anak-anak mereka.

"Saya mohon maaf, ini sahaja caranya sebab dia tidak akan mengaku salah. Saya terpaksa bongkarkan apa yang berlaku sebab dia tidak akan pernah mengaku.

"Terlalu banyak bukti dan ramai cari saya cerita apa yang dia (Mikhail) sudah buat.

"Walaupun masih cintakan dia tetapi saya mahu memastikan status saya sebagai isteri dan anak-anak. Ini menjadi kebimbangan saya sekarang," katanya ketika ditemui mStar.

Dalam pada itu, Hajar memberitahu dia sudah memfailkan kes itu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan dan sebutan ditetapkan pada 4 Januari 2024.

Untuk rekod, pasangan ini bernikah pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi