suria

Meninggal akibat sesak nafas, keluarga terbayang kesakitan ditanggung baby Aulia... Nekad bawa kes ke mahkamah

IBU kepada Allahyarham Qaseh Aulia iaitu Maisarah Rosli mendedahkan hasil laporan bedah siasat mendapati anaknya itu meninggal dunia akibat sesak nafas.

Masih bersedih dengan apa yang berlaku, Maisarah, 33, berkata mereka sekeluarga terlalu sedih sehingga tidak dapat membayangkan kesakitan dilalui anaknya itu.

“Berdasarkan laporan bedah siasat merumuskan bayi saya mati disebabkan sesak nafas punca daripada posisi bayi diletakkan dalam keadaan meniarap.

“Sedih sebab tahu punca anak saya meninggal dunia disebabkan sesak nafas sampai terbayang macam mana dia struggle nak bernafas.

“Dan insyaAllah ini akan memudahkan proses pendakwaan yang akan dilakukan oleh timbalan pendakwa raya di mahkamah nanti,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Allahyarham Qaseh Aulia dilahirkan pada 16 Julai dan menghembuskan nafas terakhir pada 10 Oktober lalu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi