suria

Founder menang saman RM57,900... Dakwa bekas isteri Da'i Farhan munafik guna sentimen agama

WANITA bernama Norsiyah Kasnawi menggelar bekas isteri Da'i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau Erin sebagai manusia munafik.

Berang menjadi mangsa penipuan, Norsiyah, 46, berkata dia tidak menyangka Erin yang sering menggunakan sentimen agama tergamak menipunya dalam urusan perniagaan.

“Dari awal saya berkawan macam-macam dia cerita seperti kaya, ada kilang dan ada duit RM200 juta dalam akaun tapi dibekukan oleh kerajaan sebab terpalit kes mahkamah.

"Dia kata sekarang tengah sesak sedikit, jadi dari situ dia yakinkan saya untuk buat produk dengan dia.

"Tapi bila saya dah bergaduh dengan dia selepas enam bulan saya dah bayar tapi produk tidak dapat... rupanya semua yang dia cerita semua tidak benar, demi Allah dia manusia paling penipu pernah saya jumpa," katanya kepada mStar.

Pada Selasa, Hakim Norfadrina Zulkhairi memerintahkan Erin membayar tuntutan serta ganti rugi sebanyak RM57,900 kepada Norsiyah.

Prosiding itu berlangsung di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi