suria

Usahawan jumpa rambut dalam laksa buka cerita sihir, sejak malam pertama kahwin terima gangguan... “Nak mekap isteri pun tak larat”

SUDAH lama disihir sejak malam pertama perkahwinan lagi, usahawan Syed Muhammad Syah Hasif memberitahu hampir hilang semangat untuk hidup.

Syed, 31, bagaimanapun berkata dia perlu kuat melalui dugaan itu dan isteri serta anak-anak menjadi kekuatan dirinya.

“Kalau bunuh diri bukan satu dosa dah lama saya lakukan sebab saya memang dah tak boleh tahan.

“Kecewa juga sebab duit banyak habis untuk berubat... saya cuma fikir kalau saya sakit nanti anak-anak dan isteri nak makan apa sebab mereka bergantung pada saya.

“Jadi saya kena kuat untuk sara mereka sebab kalau tidak siapa nak bagi mereka makan dengan saya sendiri pun nak makan apa.

“Sampaikan saya nak mekap isteri dan jahitkan baju untuk isteri serta anak-anak pun tak larat,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini video menemui helaian rambut yang banyak semasa merebus laksa menjadi bualan netizen aplikasi TikTok.

Untuk rekod Syed mendirikan rumahtangga bersama Fatin pada 30 November 2018 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syed Muhammad Nouis Jaeden El-Alawi, 4, serta Syarifah Haifa Urshia El-Zahrah yang kini berusia tiga bulan.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi