suria

Video abang layan adik OKU potong kuku tular, rupanya ada kisah sedih pelanggan merungut bising - “Saya koyak sebab nak jaga hati pelanggan”

PERKONGSIAN seorang lelaki sedang memotong kuku adik perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) di TikTok mendapat 1.6 juta tontonan di platform berkenaan.

Mohamad Fakhrullah Shahran, 30, memberitahu adiknya Siti Nur Hidayah Shahran, 20, mengalami masalah sindrom Austism Floopy Baby sejak dilahirkan dan sering menemaninya di restoran miliknya iaitu Tong Kayu Cafe Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Di sebalik kegembiraan yang ditunjukkan Fakhrullah berkata, bukan mudah menjaga adik perempuannya itu malah sering menjadi sasaran pelanggan yang tidak tahan mendengarnya membuat bising ketika mereka sedang makan.

Disebabkan rungutan pelanggan juga, Fakhrullah memberitahu dia pernah meninggalkan adiknya itu dirumah selama dua bulan kerana tidak mahu pelanggan berasa tidak senang dengan kehadirannya.

"Mungkin waktu itu iman saya berbolak balik sampai satu tahap saya rasa tak ikhlas mahu menjaganya, saya koyak sebab nak jaga hati pelanggan.

"Bila saya tinggal adik di rumah selama dua bulan, memang jualan restoran jatuh sampai duit poket pun banyak habis.

"Anak istimewa sepertinya banyak memberi rezeki sebab bila dia tiada di kedai, saya rasa kosong dan sunyi," katanya ketika dihubungi mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi